Thursday, July 21, 2016

JEMPUTAN MENJADI TETAMU ALLAH MENUNAIKAN HAJI 1437H / 2016 -PART 1

Assalamualaikum & hye kepada semua. 

sudah berhabuk rupanya blog saya yang x aktif ni. tiba2 tergerak hati nak cek blog2 lama kalau2 masih ada gamba2 saya yang masih free hair dan sebagainya. Alhamdulillah, panggilan misteri hari ni yang tiba2 nak cari premium beautiful corset (dulu saya merupakan agent menjual corset PB ni) membuatkan saya terpanggil utk buka balik blog jualan tu n delete all details n gama2 lama dari blog tu. AND, i found that my second blog ni masih boleh digunakan untuk menulis so y not i use this blog untuk kegunaan berkongsi dan menulis perkara yg lebih manfaat dan berguna. 

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik dan rezki dari Allah Taala yg tidak putus2 walaupun kita ni selalu membuat dosa (tiba2 teringat tajuk drama AKU PEMBUAT DOSA).. tahun ini, genap umur saya 30 tahun. satu umur yg amat ditakuti ramai oleh mereka yg berusia 20an. suatu ketika dulu, saya selalu terfikir, apa akan jadi pada saya pada umur 30 dan seterusnya? teringin nak tahu tapi siapalah kita untuk tahu. Hanya Allah yang maha mengetahui dan Allah sudah plan everything utk kita. tggjawap kita hanyalah berusaha doa dan tawakkal. 

UMUR 30 DAN MASTER (LLM)

Januari 2016, genaplah saya berusia 30 tahun pada 9 januari 2016 dan secara rasminya juga saya telah selesai paper exam terakhir final semester saya di UIA dalam jurusan Master (LLM) in Islamic Banking & Finance Law di UIA yang telah saya ambil sejak setahun setengah yg lepas since 2014. Syukur alhamdullah keputusan exam yang diketahui pada bulan Februari juga amat memuaskan dan tamatlah riwayat dunia Master studentku.  Dalam pada itu, saya perlu menanti tawaran daripada UitM untuk memulakan kerja kerana biasiswa TPM yang saya ambil untuk menyambung Master membuatkan aku terikat bond dgn uitm selama 7 tahun.In Shaa allah dengan izin Allah majlis konvokesyen akan berlangsung [ada November tahun ini. dupdapdupdap

PENANTIAN 2 PUCUK SURAT CINTA

Dalam menanti dan menanti surat Uitm itu, saya juga berdebar menanti keputusan rayuan haji yg telah dibuat oleh suami pada akhir februari 2016. ini adalah kerana suamiku dan adiknya dikejutkan dgn surat jemputan yang tidak disangka2 pada bulan februari yang mana Suami dan dua org adik perempuannya mendapat tawaran dan jemputan Allah melalui Tabung Haji untuk menunaikan Fardhu Haji tahun in 1437H / 2016. Subhanallah...hati saya jadi x keruan dan berdebar hanya Allah yg mengetahui isi hati ni kerana saya berdebar menanti surat tawaran kerja uitm dan dalam masa yg sama berdebar menanti keputusan rayuan suamiku untuk membawaku menunaikan haji bersamanya. Syukur Alhamdulillah 2 April 2016 saya dikejutkan dgn keuputusan dari tabung haji bahawa rayuan suamiku untuk bawa saya menunaikan haji telah lulus! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Maha suci Allah. Nikmat manakah harus aku dustakan ya Allah. Gembiranya hati ni Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, saya juga sgt berdebar memikirkan adakah layak diri yg masih muda dan pembuat dosa yg byk untuk pergi ke menjadi tetamu Allah. Semua itu saya serahkan kepada Allah dan saya hanya boleh berusaha berdoa dan bertaubat kepada Allah agar mengampunkan segala dosa2 lampauku sehingga kini.




 Surat tawaran Haji ku & suami

Surat tawaran dari Uitm masih tidak dapat maka aku mula hanya utk fokus belajar mengenai umrah dan haji memandang ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar!


KURSUS ASAS HAJI DAN KURSUS INTENSIF HAJI

sebenarnya mak mertua dan suami dah suruh attend kursus asas haji sejak januari 2016 yg telah bermula di seluruh negara. tiap tahun mmg tabung haji akan mengadakan kurusus asas haji di seluruh negeri dan di masjid2 terpilih setiap negeri secara percuma. jadi mereka yg ingin belajar mengenai haji secara percuma anjuran tabung haji bolehla mengikuti kursus asas ini yg mana selalunya di buat selama 4 bulan. jadi masa saya belum dpt keputusan samada lulus atau tak utk pergi haji memang dah ikt suami untuk belaja kursus haji di masjid. walaupun berat mata dan badan ni nak bersiap seawal pagi namun digagahi juga dgn cabaran nak mengejut dan menyiapkan anak kecil sorang ni. ada org kata buat apa la nak pergi kursus asas haji tu. buang masa katanya sbb katanya kelas mcm tu utk org2 tua atau mereka2 yg lembab belaja. astagfirullah aku hanya mampu beristigfar. kenapa mesti ada yg berpandangan begitu, bagi saya, tak kisahla walaupun rasa mcm pengajarannya agak lambat supaya semua org paham, namun saya rasa masih ok sebab aku sedar diri yg aku ni zero knowledge mengenai haji dan umrah. jadi aku sgt positif saja bila pergi ikut suami menghadiri kursus asas ni. pihak tabung haji di masjid2 terpilih akan sediakan nota2  (depend pada ustaz/ustazah yang mengajar).. buku asas haji boleh dibeli di tabung haji (cawangan atau hq) dengan harga rm25. 

 Nota asas haji boleh didapati di cawangan tabung haji. bagi jemaah terpilih akan dpt percuma. bagi yg tidak terpilih boleh beli dengan harga RM25


baik masuk bulan May 2016, saya masih belum mendapat tawaran pekerjaan dari uitm lagi, surat yang sampai di rumah adalah surat jemputan untuk menghadiri kursus intensif tabung haji pula. kursus intensif ini adalah selama dua hari. kursus inensif ini hanya boleh dihadiri oleh bakal jemaah haji yg terpilih dan tidak terbuka pada org awam berbeza dengan kursus asas haji seperti di atas yg dibuka utk org awam utk belajar. jadi jumlah jemaah dalam kelas kursus intensf ini tidak ramai lebih kurang 89 org shaja jadi kelas sebegini saya fikir sgt efisien dan merupakan satu initiatif yg bagus oleh pihak tabung haji kerana para bakal jemaah boleh memahami dengan lebih mendalam soal umrah dan haji dan kami boleh bersoal jawap dgn para penceramah yg terdiri drpada ustaz dan ustazah dan juga pihak management tabung haji cawangan kami sendri. dan ya, sayalah yg paling byk bertanya soalan dari hari pertama sampai hari kedua sbb byk perkara yg saya x jelas semua saya tanya. saya tebalkan saja muka ini dan buangkan rasa malu demi utk memahami kemusykilan yg melanda diri ni. =) kursus asas ini juga menyediakan slot utntuk belajar praktikal tawaf di kaabah, melakukan saie, praktikal berwukuf di arahaf, bermalam di muzdalidah dan melontar jamrah kubra, sughra dan wusta. ustazah yg mengelola ini kami panggil UMMI. UMMI amatlah bagus dan seronok belajar dgn beliau sbb aku percaya semua bakal jemaah cpt faham dan UMMI sudi menjawap 1001 soalan dr kami semua. alhamdulillah kursus dua hri ini belajan dgn lancar. 

 slot teori mengenai umrah dan haji dalam kelas bahagian atas masjid

ketika mahu bermula praktikal umrah dan haji. semua fokus pada penerangan UMMI

 kaabah contoh yang di letak di tengah2 masjid bagi tujuan praktial. nampak kaabah mainan ni pun dah rasa syahdu. x dapat aku bygkan mcmana nanti bila melihat kaabah yg sebenar
 
 ni adik ipar aku yg akan pergi bersama in Shaa allah 
 
 inilah aku. thank you telekung for being nice to me for this shot.
 
 lelaki di arah berpakaian ihram. ambil senyap2 gambar suami yg sedang fokus
 
  praktikal melontar kubra. makcik dpan sedang membaling anak batu


 UMMI yg sentiasa bersemangat memberi ilmu manfaat kepada kami

 bersama adik ipar. semoga perjalanan kita dipermudahkan Allah S.W.T. abaikan pipiku yg mcm pau

 


rasanya saya akan berhenti menulis sampai disini sahaja pada entry kali ini. sebab dah pjg  dan ingin sambung buat klerja rumah sekejap. pada entry yg berikutnya In Shaa Allah saya akan berkongsi cabaran dugaan dan ujian yang dirasai yg sudah mula dirasai sejak awal bulan jun 2016. Saya berharap anda semua dptlah mendoakan agar urusan ku, suami , dua adik ipar dan sorang birasku berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.  



"RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI THAMMIN BI KHAIR"


***tujuan perkongsian ini ditulis adalah untuk berkongsi mengenai perjalanan hajiku. semoga dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak memberi gambaran akan bagaimana proses haji bermula kepada pembaca. Ya allah, jauhilah aku daripada perasaan riya'. 

Monday, December 26, 2011

NADIA's COMOT CUPCAKES !

YES....percaya tak percaya...

I yang tak pandai buat kek dah mula try buat cupcakes!!!!

i was super fun bila dapat try buat cuppy cakes nie!

Well, mula a month before raya tu I asyik bising bising dekat kakak I yang I nak buat Cupcakes ni.

So dia pon bagila resepi..and TADAAAAAAAAA...this is how NADIA's COMOT CUPCAKES looks like!



this one sgt comot. I tak pandai nak decorate yang mcm super duper creative bagai tu...oklah utk budak baru mcm i ni...hihihi..sekejap, it taste sedapppp! i bet u!haha

dan oleh kerana sudah pandai sikit sikit, I decide untuk buat cupcakes comot ni utk hari raya 2011. I still maintain kan kecomotan dia sbb nak cover ketidakpandain nak hias lawa lawa tu..=p




Haaa..inilah dia untuk hari raya 2011 !

I akan cuba untuk improve lagi and lagi! tapi dah lama x buat after raya hari tu..haha

Okay, mesti you all nak tahu recipe Cupcakes ni. Nanti boleh cuba dekat rumah!

Bahan-Bahan/ Ingredients :-

150 gram -ButterCup (Margarine / mentega)
185 gram -Self raising Flour (Tepung Naik Sendiri)
150 gram -Custard Sugar (Gula Kastor)
1/2 teaspoon (sudu teh)-bicarbonate soda (soda bikarbonat)
3 - eggs (telur)
1 spoon -Vanilla essence

For Icing / Ising:-
100 gram -ButterCup (Margarine / mentega)
200 gram - Icing sugar (gula ising)
2 teaspoon (sudu teh)- warm water (air panas)
1 spoon -Vanilla essence
Pewarna


Cara-cara:-

1- Pukul butter dan gula hingga kembang.kalau tak kembang cake tak cantik.

2. Masuk telur satu persatu diikuti dengan Vanilla essence

3. Masukkan tepung yang dah dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sampai sebati

4. susun kertas cupcakes kedalam acuannya. Masukkan aduan sampai 3/4 penuh dalam kertas tu.

5. Bakar selama 10-15 minit. Suhu 180 C. (tgk setiap beberapa minit.elak dari jadi hangus tau!!

6. Ising Pula, pukul mentega dan gula ising sampai kembang. Kemudian masukkan vanilla essence dan air panas. pukul sampai kebang menjadi putih gebus berseri2..=)

7. Sapukan ising atas cake and bolehla decorate cantik cantik!!!


Cheers,
Ms. N